BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 16, 2010












Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR..Teman yang paling akrab adalah AMAL..pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM..Bahasa yang paling manis ialah SENYUM..Dan ibadah yang paling indah tentunya KUSYUK..

Saturday, September 19, 2009

Tuesday, September 8, 2009

DIMANA GENERASI MARIAM





Seketika bermaya di usia remaja
demi meniti dewasa yang diberkati
betapa sukatnya menunduk nafsu serakah
menyingkir keseronokkan yang alpa
naluri sering tercari-cari
dimanakan model solehah harus ku selusuri

Ku temui Mariam
meskipun tiada buku mengiktibari kisah kehidupannya
walaupun yiada sebarislagu memurnikan kesolehannya
kisahnya di dalam Al-Quran menyentuh naluri ku
mujahidah kegadisan di biari ibadah
menjulang nartabah muslimah bermaruah
bukan suatu istiqamah yang mudah

Aku mahu mendekati kegadisan Mariam
aku mahu menjadi generasi Mariam

Siti Mariam gadis tabah tanpa suami
menyadari hidup adalah wadah tribulasi
terbukti dia amat solehah

Ketika menerima taklif ILLAHI
mengandung bayi tanpa suami
sengsara menghadapitohmah dan fitnah
derita ketika melahirkan Al Masih
menyapih Nabi Isa seorang diri
Siti Mariam mencipta sejatah ibu mithali

Mariam terus islah di dalam doa dan p[asrah
ternyata taqwanya diiktiraf ALLAH
termaktub sehingga hari Qiamat di dalam surah At Tahrim ayat 12
"sesungguhnya adalah dia(MARIAM) wahai wanita tabah

Ya Allah..tabahkanlah hati kami dalam menelusuri hidup...
agar kami teguh dari tergelincir dalam mengapai persada kasih kami..
kekalkanlah ya Allah...sebagai Mariam model untuk kami mencapai martabat solehah...jika tidak mampu seperti Mariam..biarlah hanya sedikit tempiasnya dapat kami contohi...














"ALLAH tidak meletakkan KEMENANGAN/KEGAGALAN seseorang itu kepada sesuatu melainkan AGAMANYA.Dunia tempat mencari BEKALAN,sedangkan AKHIRAT tempat yang kekal.Hanya orang yang hatinya bersih sahaja yang memikirkannya"

Thursday, September 3, 2009

SEPOHON SEMALU...untukmu wanita


Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.Setibanya mereka berdua si bawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut.Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek

PERTAMA:pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

KEDUA:semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

KETIGA:semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

KEEMPAT:semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh iti ,para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

...Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

Monday, August 31, 2009